3 May 2022

Aidilfitri 2022

 Salam,

Selamat Hari Raya....tahun ni kita semua beraya dalam keadaan terkejut dan tak ready kerana Hari Raya jatuh awal sehari.

Namun begitu, kita semua patut bersyukur kerana masih diberi kesempatan meraikan aidilfitri tahun 2022.

Raya tahun ni mmg x dpt balik kampung sebab isteri terpaksa kerja pada hari raya (closing akaun). Kerja waktu malam tapi siang sempat la ziarah rumah mak mentua dan mak sedara di Bukit Tengah.

Raya kali ni mmg rancang nk shoot gambar raya guna Realme 9 Pro+. Jadi masa naik kereta nk mulakan sesi ziarah menziarahi, try selfie dlm kete. Hasil gambar dari Realme 9 Pro+ agak mengecewakan. Semua gambar² over exposure. Sampai di rumah mak mentua try shoot sekali lagi..hasilnya mmg mengecewakan. Mmg rasa x boleh nk terima dan mmg xkan upload la gambar dari Realme 9 Pro+. 

Bila dah jadi mcm ni, terus guna HP Poco X3 Pro + gcam. Alhamdulillah..hasilnya ok dan rasa terubat la sikit dari sakit hati ni. Anak pulak bawak OMD EM5 dgn lens 45mm f1.8. gambar mmg superb la.

Jadi la dpt ootd pada hari raya pertama. Cuma gambar family je x buat lagi sebab semua sibuk dgn hal masing².



OMD EM5 + 45mm F1.8

OMD EM5 + 45mm F1.8





No comments:

Post a Comment