Gambar-gambar yang diambil dengan kamera Olympus Stylus 1 (Super Macro Mode) semasa percutian di Cameron Highland tanpa menggunakan flash.
23 January 2016
20 January 2016
Perjalanan ke Tanah Tinggi Cameron
Salam,
Pada 15hb hingga 17 Januari yang lepas, kami sekeluarga ke Tanah Tinggi Cameron atau Cameron Highland. Kebetulan pada 17hb adalah hari Keputeraan Sultan Kedah, jadi anak-anak memang cuti pada hari ahad. Pada mulanya memang nak bawa semua kamera tetapi akhir sekali cuma bawa kamera Stylus 1 sebab tempat letak barang yang terhad.
Perjalanan bermula pada hari Jumaat, 15hb pada pukul 3 petang. Dengan jarak sejauh lebih kurang 200km kami tiba di Cameron pada pukul 6 lebih. Sampai di Cameron, kami terus check in di penginapan yang telah di tempah di Desa Anthurium. Kawasan ini terletak di antara Brinchang dan Tanah Rata. Badan agak penat dengan perjalanan, pada malam itu kami berjalan-jalan disekitar Brinchang dan pergi ke Pasar Malam Brinchang.
| Bersesak di Pasar Malam Brinchang |
| Pemandangan dari Puncak Bukit Boh Tea Centre |
| Gambar wajib |
| Berlatarbelakangkan ladang Teh |
| Masuk ladang teh |
Selepas turun dari Ladang Teh Boh Sg Palas, kami meneruskan perjalanan ke Taman Levender. Tiket masuk untuk dewasa adalah RM8 dan kanak-kanak RM4. Tempat agak sesak kerana terlalu ramai orang yang melawati taman tersebut pada waktu yang sama.
| Bergambar di kereta lama |
| 3 generasi |
| Posing celah bunga |
| Control Ayu |
| Teruja dengan keunikan |
| Termenung Jauh |
| Peace together |
| Pintu Masuk Taman Lavender |
Malam itu kami cuma makan di apartment dan sekali lagi ke pasar malam Brinchang untuk membeli apa yang patut untuk dibawa pulang.
Pada hari terakhir, 17hb selepas sarapan pagi, kami bersiap-siap untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Butterfly Garden tiket dewasa adalah RM5 dan kanak-kanak RM3. Tempat yang agak menarik walaupun tidak besar tetapi mempunyai binatang seperti rama-rama, ular, arnab, ayam, katak dan kala jengking. Anak-anak begitu seronok melihat haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
| Rama-rama hinggap di tangan |
| Anak beranak |
| Unggu |
| Bersuka ria di taman |
| Posing terpaksa |
Sebelum turun dari Cameron, kami sempat singgah di Cameron Valley yang miliki oleh Bharat Tea Group. Dapat merasa keenakan teh di situ sambil menikmati pemandangan yang indah. Perjalanan pulang diteruskan dan singgah di Mydin Mall Ipoh untuk makan di Shell Out. Perjalanan yang menyeronokan walaupun agak penat sebab memandu agak jauh.
| Merenung jauh di sana |
| Pemandangan di Cameron Valley atau Bharat Tea |
| Ceria kepuasan |
| Hidangan makanan di shell out |
Sepanjang perjalanan di Cameron, kami dapat rasakan cuaca yang agak sejuk dan sememangnya musim hujan disana. Kalau mengikut senarai yang dirancangkan, ada lebih kurang 10 tempat utama di Cameron yang patut di kunjungi tapi kami hanya sempat pergi separuh dari senarai tersebut. Insyaallah trip yang akan datang akan cuba penuhi semua destinasi yang dirancangkan.
Labels:
Bharat Tea,
cameron highland,
family potrait,
Jurufoto Kulim,
Ladang Teh Boh Sg Palas,
Olympus malaysia,
stylus 1,
Taman Agro Mardi,
Taman Lavender
8 January 2016
Macro dengan DIY flash diffuser
Salam,
Semalam belajar dari youtube menghasilkan diffuser untuk macro. Alhamdulillah berjaya disiapkan malam tadi dan hari ini terus mencari subjek.
Dengan kos yang rendah (guna bahan terbuang), cahaya yang dihasilkan dari flash melalui diffuser ini amatlah memuaskan hati.
Semalam belajar dari youtube menghasilkan diffuser untuk macro. Alhamdulillah berjaya disiapkan malam tadi dan hari ini terus mencari subjek.
Dengan kos yang rendah (guna bahan terbuang), cahaya yang dihasilkan dari flash melalui diffuser ini amatlah memuaskan hati.
Labels:
Dataran Putra,
Eos to NEX adaptor,
Focus Peaking,
Kulim Photographer,
macro,
Macro Photography,
Nex-6,
samyang 85mm f1.4
5 January 2016
Macro depan rumah 2016
Salam,
Selamat tahun baru 2016. Diharap tahun ini dikurniakan dengan kesihatan yang lebih baik serta dapat meningkatkan mutu dan kualiti dalam fotografi. Moga-moga dapat melangkah lebih jauh dengan fotografi.
Sebagai permulaan, percubaan macro fotografi di depan rumah. Gambar-gambar di ambil dengan kamera Sony NEX 6 w/samyang 85mm f1.4 + extension tube + flash & trigger.
Selamat tahun baru 2016. Diharap tahun ini dikurniakan dengan kesihatan yang lebih baik serta dapat meningkatkan mutu dan kualiti dalam fotografi. Moga-moga dapat melangkah lebih jauh dengan fotografi.
Sebagai permulaan, percubaan macro fotografi di depan rumah. Gambar-gambar di ambil dengan kamera Sony NEX 6 w/samyang 85mm f1.4 + extension tube + flash & trigger.
Subscribe to:
Posts (Atom)