20 January 2016

Perjalanan ke Tanah Tinggi Cameron

Salam,

Pada 15hb hingga 17 Januari yang lepas, kami sekeluarga ke Tanah Tinggi Cameron atau Cameron Highland. Kebetulan pada 17hb adalah hari Keputeraan Sultan Kedah, jadi anak-anak memang cuti pada hari ahad. Pada mulanya memang nak bawa semua kamera tetapi akhir sekali cuma bawa kamera Stylus 1 sebab tempat letak barang yang terhad.

Perjalanan bermula pada hari Jumaat, 15hb pada pukul 3 petang. Dengan jarak sejauh lebih kurang 200km kami tiba di Cameron pada pukul 6 lebih. Sampai di Cameron, kami terus check in di penginapan yang telah di tempah di Desa Anthurium. Kawasan ini terletak di antara Brinchang dan Tanah Rata. Badan agak penat dengan perjalanan, pada malam itu kami berjalan-jalan disekitar Brinchang dan pergi ke Pasar Malam Brinchang.

Posing di Balkoni Desa Anthurium


Bersesak di Pasar Malam Brinchang
Pada keesokan harinya, 16hb, selepas sarapan di apartment, kami bergerak ke Ladang Teh Boh di Sg Palas. Dekat sini kena berjalan kaki dari kaki bukit sampai ke puncak bukit. Naik ke atas semata-mata nak merasa Teh Boh di cafe puncak bukit.

Pemandangan dari Puncak Bukit Boh Tea Centre

Gambar wajib

Berlatarbelakangkan ladang Teh

Masuk ladang teh

Selepas turun dari Ladang Teh Boh Sg Palas, kami meneruskan perjalanan ke Taman Levender. Tiket masuk untuk dewasa adalah RM8 dan kanak-kanak RM4. Tempat agak sesak kerana terlalu ramai orang yang melawati taman tersebut pada waktu yang sama.


Bergambar di kereta lama


3 generasi


Posing celah bunga

Control Ayu

Teruja dengan keunikan

Termenung Jauh

Peace together

Pintu Masuk Taman Lavender
Tanah Rata adalah destinasi seterusnya selepas melawat Taman Lavender. Pergi ke Tanah Rata kerana ingin mencari makan tengah hari walaupun dah agak petang. Selepas makan, kami meneruskan lawatan ke Taman Agroteknologi Mardi. Tempat yang agak menarik kerana ada pelbagai jenis tumbuhan dan bunga-bungaan. Tiket masuk dewasa RM3 dan kanak-kanak RM1.50.

Taman Agro Mardi

Sengih

Ahli rombongan penuh

Malam itu kami cuma makan di apartment dan sekali lagi ke pasar malam Brinchang untuk membeli apa yang patut untuk dibawa pulang.

Pada hari terakhir, 17hb selepas sarapan pagi, kami bersiap-siap untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Butterfly Garden tiket dewasa adalah RM5 dan kanak-kanak RM3. Tempat yang agak menarik walaupun tidak besar tetapi mempunyai binatang seperti rama-rama, ular, arnab, ayam, katak dan kala jengking. Anak-anak begitu seronok melihat haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Rama-rama hinggap di tangan

Anak beranak

Unggu

Bersuka ria di taman

Posing terpaksa

Sebelum turun dari Cameron, kami sempat singgah di Cameron Valley yang miliki oleh Bharat Tea Group. Dapat merasa keenakan teh di situ sambil menikmati pemandangan yang indah. Perjalanan pulang diteruskan dan singgah di Mydin Mall Ipoh untuk makan di Shell Out. Perjalanan yang menyeronokan walaupun agak penat sebab memandu agak jauh.

Merenung jauh di sana

Pemandangan di Cameron Valley atau Bharat Tea

Ceria kepuasan

Hidangan makanan di shell out

Sepanjang perjalanan di Cameron, kami dapat rasakan cuaca yang agak sejuk dan sememangnya musim hujan disana. Kalau mengikut senarai yang dirancangkan, ada lebih kurang 10 tempat utama di Cameron yang patut di kunjungi tapi kami hanya sempat pergi separuh dari senarai tersebut. Insyaallah trip yang akan datang akan cuba penuhi semua destinasi yang dirancangkan.

No comments:

Post a Comment