20 December 2014

Penang Interactive Museum

Salam,

Hari ini, kami sekeluarga ke Penang Interactive Museum atau Muzium 3D di Georgetown berdekatan Jeti feri. Tiket dewasa (dengan MyKad) ialah RM15 dan kanak-kanak RM10.

Tempat yang agak menarik kerana lukisan-lukisan di dinding seakan-akan timbul.

















19 December 2014

Jalan2 waktu pagi di Kulim Hi-Tech

Salam,

Hari ini bersama anak-anak pergi ke Kulim Hi-Tech. Memang sudah kebiasaan saya membawa pasangan pengantin baru untuk shoot sesi outdoor di sini.

Namun pada hari ini, kedatangan ke sini adalah untuk melihat semula tempat yang sama dengan sudut pandangan yang berlainan. Di samping itu, saya juga mencari idea-idea baru untuk sesi photoshoot yang akan datang.

Hari ini saya  membawa kamera Sony Nex 6 dan lens Canon 50mm f1.8 sahaja. Seperti biasa, anak-anak di paksa menjadi model tetapi dengan upah aiskrim setiap seorang.










18 December 2014

Sony NEX-6 dengan Adapter (Canon EF to Nex E Mount)

Salam,

Salah satu kelebihan Mirrorless Camera adalah kebolehan menggunakan lens jenama lain seperti Nikon dan Canon dengan menggunakan adapter. Sony Nex-6 adalah salah satu contoh yang boleh menggunakan lens canon melalui adapter.

Terdapat pelbagai jenis adapter yang boleh digunakan dan saya hanya menggunakan adapter biasa sahaja di mana perlu manual fokus untuk setiap shot dan aparture lens tidak boleh diubah. Di pasaran terdapat adapter yang mempunyai iris control (boleh adjust aparture secara manual) dan juga adapter yang support elekronik sepenuhnya (boleh autofocus dan adjust aparture di camera).

Sony Nex 6 mempunyai fokus peaking dimana ianya memudahkan untuk penggunaan lens yang manual fokus. Tempat yang di fokus akan wujud garisan (putih atau merah) menunjukkan ianya telah fokus pada subjek yang diingini. Kebanyakan kamera-kamera mirrorless model baru di pasaran juga sudah mempunyai focus peaking. Antaranya Olympus OMD EM1, OMD EM10, sony nex dan beberapa jenama lain.

Gambar-gambar dibawah diambil dengan menggunakan Sony NEX 6 dengan lens Canon 50mm f1.8 (guna adapter).