18 December 2014

Sony NEX-6 dengan Adapter (Canon EF to Nex E Mount)

Salam,

Salah satu kelebihan Mirrorless Camera adalah kebolehan menggunakan lens jenama lain seperti Nikon dan Canon dengan menggunakan adapter. Sony Nex-6 adalah salah satu contoh yang boleh menggunakan lens canon melalui adapter.

Terdapat pelbagai jenis adapter yang boleh digunakan dan saya hanya menggunakan adapter biasa sahaja di mana perlu manual fokus untuk setiap shot dan aparture lens tidak boleh diubah. Di pasaran terdapat adapter yang mempunyai iris control (boleh adjust aparture secara manual) dan juga adapter yang support elekronik sepenuhnya (boleh autofocus dan adjust aparture di camera).

Sony Nex 6 mempunyai fokus peaking dimana ianya memudahkan untuk penggunaan lens yang manual fokus. Tempat yang di fokus akan wujud garisan (putih atau merah) menunjukkan ianya telah fokus pada subjek yang diingini. Kebanyakan kamera-kamera mirrorless model baru di pasaran juga sudah mempunyai focus peaking. Antaranya Olympus OMD EM1, OMD EM10, sony nex dan beberapa jenama lain.

Gambar-gambar dibawah diambil dengan menggunakan Sony NEX 6 dengan lens Canon 50mm f1.8 (guna adapter).






No comments:

Post a Comment