20 October 2013

Langit & Bumi

Salam..

Petang tadi bila tiada aktiviti, terus capai kamera OMD-EM5 dan menaiki motor ke RnR Bagan Ajam. Langit agak kebiruan sebab hari ni redup sahaja. Orang pun tidak berapa ramai di tepi pantai.. mungkin sebab musim hujan.

Terasa ketenangan bila ditiup oleh angin laut... dengan bunyi deruman ombak yang menghempas pantai.... Walaubagaimanapun, persinggahan di RnR ini tidak lah lama kerana cuaca yang tidak menentu.

Gambar-gambar diambil menggunakan Olympus OMD-EM5 w/ Kit lense 12-50mm.




17 October 2013

Jalan-jalan di Utara

Salam Aidil Adha....

Minggu lepas pada 12-13 Oktober 2013, aku sekeluarga bersama-sama dengan Abg Ajoy dan Kak Ida sekeluarga berjalan-jalan di area Utara. Perjalanan meliputi Kulim, Bukit Kayu Hitam, Kuala Perlis dan balik ke Kulim semula... Musim hujan... jadi x singgah banyak tempat dan banyak menghabiskan masa dlm kereta sahaja.

Beberapa gambar yang di ambil dengan menggunakan NEX-6 w/sigma 18-50mm f2.8 (Guna Adaptor).