Salam,
Alhamdulillah sudah 2 minggu menggunakan HP Poco F4 GT. Antara HP idaman sebab spec nya yang tinggi. Antara tujuan utama nak memiliki HP gaming ni adalah kerana performance nya.
Seperti yang diketahui umum, gaming phone sememangnya dibuat untuk tujuan main game. Jadi secara automatic HP ni mempunyai performance yang tinggi. Kena pula Chip Set terbaru dari Snapdragon 8 Gen 1 dan 12gb RAM serta storage 256gb, semestinya hampir tiada masalah dari segi kelancaran.
Cuma kali ini, saya nak highlight kan tentang kemampuan camera sesebuah gaming phone. Adakah cameranya teruk atau cameranya sebaik HP flagship yang lain.
Perlu diingatkan ialah ini adalah pendapat peribadi semata mata berdasarkan pengalaman penggunaan HP ini.
First impressions saya adalah HP ini sangat ok gambar²nya. Macam biasa antara subjek yang selalu kita snap adalah gambar makanan. Memang gambar²nya detail dan sharp. Tak over exposure dan color yang natural.
 |
| Udon ayam (sushi king) |
 |
| Salmon sushi |
 |
| Sirap Bandung (Leezo Kulim) |
 |
| Roti Arab |
 |
| Kari Ayam |
 |
| Steamboat & Grill (D' Fiesha licious) |
 |
| Nasi Lemak Mami |
 |
| Megi Goreng Ayam Gepuk |
 |
| Roti Jala Kuah Ayam (E Capati) |
Subjek seterusnya adalah pemandangan atau landscape. Zaman sekarang sememangnya Camera HP adalah penting kerana kita boleh capture moment dan landscape bila² masa yang kita mahu. Jadi kita memerlukan camera yang memang power dan cantik. Sambil jalan² dan bersiar-siar sempatlah snap sekeping dua untuk kenangan sendiri.
 |
| SMK Taman Hitech |
 |
| Menara Alor Setar |
 |
| Senja dari Aman Central |
Selain gambar makanan dan pemandangan, gambar potrait adalah gambar yang paling utama sebab itu adalah antara tujuan utama pengguna² HP membeli HP. Semua orang nak selfie dan ambil peluang merekodkan kenangan potrait masing² di tempat yang dilawati.
Kesimpulannya disini, gaming phone juga memiliki camera yang sebaik HP² yang lain yang ada di pasaran. Keupayaan cameranya memang setara atau lebih baik dari gambar² HP yang di claim sensor yang besar, cahaya masuk lebih yang cuma di tulis atas kertas tetapi gambar tak setara mana.
Jadi HP ni memang HP terbaik yang pernah saya miliki setakat ni berbanding dengan HP² yang lepas.
*Semua gambar adalah di ambil menggunakan HP POCO F4 GT dan editing menggunakan snapseed.