28 December 2021

Monkey D. Luffy action figure

 Salam,

Beberapa hari lepas pergi ke Alor Setar untuk Kejohanan Memanah Bakat Dan Pelapis Majlis Sukan Negeri Kedah. 

Alhamdulillah Udin dapat Johan untuk ER dan ke 4 untuk QR. 

Dah sampai sana, malam singgah di area Uptown Stadium. Ternampak ada gerai menjual action figure. Harga yg murah dan berbaloi utk buat collection. Jadi anak² x lepaskan peluang terus sambar 3 sekaligus.


Camera : Poco X3 Pro (open camera) 

Lighting : Ulanzi VL49 (LED lighting)

Editing : Snapseed




15 December 2021

Trip ke Kelantan 12-14 Dec 2021

 Salam,

Kali ni nak cerita sikit pengalaman ke Kelantan pada 12-14 Dec 2021. Mulanya berat hati nak ke sana sebab hujung tahun biasanya musim tengkujuh, tapi dah alang² cuti sekolah .... perjalanan tetap diteruskan...

Alhamdulillah cuaca sepanjang perjalanan pergi dan balik cukup cantik....cuma hujan pada petang dan malam hari ke 2 di sana.

Perjalanan bermula pada 12hb pukul 7.30 bergerak dari rumah. Dah lalu melalui Baling, terus singgah warung Mat Noi Roti Bakar. Menu yang biasa di makan adalah Omelette roti bakar. Memang terbaekkk rasanya.

Omelette warung Mat Boi Roti Bakar

Lepas sarapan, perjalanan diteruskan melalui jalan Baling -Gerik. Kenderaan agak banyak tapi masih lancar. Cuma x boleh laju sebab banyak lori sepanjang perjalanan. Kami berhenti rehat dan ke tandas di Hentian Titiwangsa.

Banjaran Titiwangsa

Emak dan anak

Selepas bergambar, kami terus shoot ke Kelantan. Destinasi pertama adalah Pasar Siti Khadijah. Sebab sampai lebih kurang pukul 2 lebih, terus cari makan dulu. Lepas makan baru jalan² sikit dalam pasar Siti Khadijah.

Tunggu nasi daging bakar

Kapak Binjai manis pasar Siti Khadijah

Lepas jalan² dalam pasar dan beli sedikit makanan dan cenderahati, kami terus check in di KB Centre Point. Malam tu kami berjalan-jalan di area wakaf che yeh. Dapat la beli kasut dan jam untuk anak².

Hari ke 2 dalam pukul 9 pagi, kami pergi sarapan di Warung Pok Loh Milo Tunggeng. Warung kecil tapi makanan memang best.... banyak pilihan. Dapat makan nasi gulai dan Laksam. Anak² ambil macam² lagi.. makan sampai kenyang. Harganya alhamdulillah..memang agak murah.

Sarapan di Warung Pok Loh Milo Tunggeng

Lepas sarapan, terus shoot ke Pengkalan Kubur. Sampai di situ dalam pukul 10 lebih. Shoping baju dan coklat sikit dan terus balik dan singgah di area Pantai Sri Tujuh. 

Stree
Mommy & Daughter tengah buat mak yong

Penat menunggu mommy beli baju


Street Art di Pengkalan Kubur


Di Pantai sri tujuh, kami sempat bergambar dan jalan² di sekitar sana sehingga Pantai Geting. Anak² sempat main ATV di tepi pantai Geting.  Sebab jam sudah pukul 2.30, terus makan di Restoran Terapung di Pantai Sri Tujuh.














Selepas makan, kami pulang ke tempat penginapan dan malam tu jalan² di sekitar KB dan wakaf che yeh.

Hari ke 3 adalah hari untuk pulang. Jadi kami check out dalam pukul 10 dan terus ke Nasi Kerabu Panji untuk makan pagi + tengah hari. Memang terbaekkk nasi kerabu kat situ. Sampai bertambah makan. Lepas makan, terus pulang ke rumah melalui jalan Pasir Mas-Jeli-Gerik-Kulim.

Nasi Kerabu Panji


8 December 2021

Olympus stylus 1 vs Poco X3 Pro ( Macro Photography)

 Salam,

Kali ni try buat comparison antara camera olympus stylus 1 dan Camera phone Poco X3 Pro dalam macro photography.

Kalau diikutkan mmg x sesuai nak buat comparison sebab dah sedia maklum banyak perbezaan dari segi saiz sensor, lens, macro capability, depth of field dan mcm² lagi. Jadi tujuan nya di sini nak lihat sejauh mana kualiti gambar output dari phone camera Poco X3 Pro berbanding camera yg biasa.

Subjek yang sama (belalang). Tanpa menggunakan lighting tambahan dan editing menggunakan snapseed.


Olympus stylus 1 (macro mode + digital zoom x2)

Poco X3 Pro (open camera)


Nasi Lemak di Satay House Jalan Junjong

 Salam,

Hari ni test nasi lemak di Satay House Jalan Junjong. Baru ingat nak diet..tapi sebab best punya pasal..bedal sampai abis..


Camera : Poco X3 Pro (Open Camera)

Editing : Snapseed




7 December 2021

Macro dengan Lighting Ulanzi VL49

 Salam,

Hari ni xde aktiviti menarik yang boleh dibuat. Jadi kita main macro lagi. Kali ni kita test pulak macro dgn menggunakan LED lighting Ulanzi VL49.

Lampu LED yang cukup terang walaupun saiz yang kecil. Ada 5 level tahap kuasa tapi utk macro memadai setakat level ke 2 sebab dah cukup terangkan subjek.

Camera olympus stylus 1 (macro mode + digital zoom x2) dan editing menggunakan snapseed.






4 December 2021

Jalan² cari makan sampai perut buncit

 Salam,

Dah jadi kebiasaan, setiap kali keluar makan, mesti snap gambar makanan..buat kenangan. Sebabnya bukan selalu dapat makan yang elok² ni... syukur alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk menikmati makanan² ni semua.

Selalunya memang snap gambar makanan hanya menggunakan camera HP sahaja. Gambar² di bawah semuanya menggunakan HP POCO X3 Pro dan editing dengan snapseed. Cuma app sahaja yang berbeza..sama ada guna open camera atau standard hp app. 



Mee Kari

Mee Kuah

Set Asam Pedas Ikan Pari

Mix Platter

Siakap 3 rasa (menu kayangan ni..)

Sotong Goreng Tepung

Kerabu Mangga

Telur Dadar

Mee Tarik mushroom with beef

Mix Platter Pak Mat Western