31 October 2021

Silhoutte dan senjakala

 Salam,

Hari ni ambil peluang bersiar-siar bersama keluarga di tepi pantai area Pantai Bersih, Butterworth.


Sambil² tu snap beberapa gambar waktu senja. Gambar diambil dengan menggunakan Poco X3 pro + Open Camera dan edit guna snapseed.





30 October 2021

Poco x3 pro + Open Camera (app)

 Salam,

Hari ni try app 'open camera' dari google play. Gambar nampak lebih menarik dari original camera app. Contrast dan sharpness nampak lebih menyerlah dengan app ni. 

Lebih menarik bila buat gambar macro kerana original app dari hp ni gambarnya agak soft. Interface pun mudah dan senang digunakan.

Gambar dari Poco x3 pro + Open Camera + snapseed...




29 October 2021

Serangga di waktu pagi

 Salam,

Pagi ni sambil tengok anak berlatih memanah, sempat juga shoot macro di sekitar tempat latihan. 

Gambar diambil menggunakan camera HP Poco x3 pro, macro mode, cahaya semulajadi. Editing guna snapseed.






25 October 2021

Makan lagi... (food photography)

 Salam,

Lama² main camera phone ni, seronok pulak nk shoot gambar makanan ... gambar hp pun dah hampir setanding dgn camera² dslr dan mirrorless (kalau di lihat di screen hp). 

Satu lagi, camera phone ni sentiasa kita bawa kemana mana. Jadi mudah dan cepat utk kita gunakannya untuk mengambil gambar. 

Gambar² dari hp poco x3 pro..editing dari snapseed..






23 October 2021

Macro with Poco X3 Pro + Ulanzi CapGrip

 Salam,

Hari ni lepak dirumah sahaja sebab plan nak keluar tak jadi dek kerana cuaca gelap macam nak hujan.

Jadi boleh la test grip hp atau capgrip jenama ulanzi beli di shoppe. Agak stabil bila grip di hp dan mudah digunakan. Fungsi macam battery grip untuk DSLR. So test ambil gambar macro guna hp dan CapGrip Ulanzi dengan bantuan sedikit cahaya LED kecil.







22 October 2021

Teh o ais limau & Limau asam boi

 Salam,

Hari ni saja lepak² di Dapur Gerabak. Sambil² tu shoot gambar² air... dalam gambar semua nampak best..tapi mmg best pun air dia...






16 October 2021

Food photography selepas pkp 3.0

 Setelah sekian lama, akhirnya dpt juga dine in di kedai makan... sempat la snap beberapa gambar sambil training editing. 

Gambar dari HP Poco x3 pro...editing guna snapseed...