1 March 2022

Serangga di tepi padang

 Salam,

Hari ni bawak anak berlatih memanah recurve. Memang dah jadi rutin masa cuti sekolah. Cuma ayahnya sahaja yang macam takde mood nak shoot sebab sakit di beberapa bahagian otot. Jadi kita shoot serangga je la.


Kali ni tak rancang pun nak shoot macro. Jadi cuma attach lensbong sahaja pada Poco X3 Pro. Tiada tambahan lighting. Shoot guna app open camera, digital zoom x3, manual focus dan on kan fokus peaking. Shoot dekat 20 keping baru dapat gambar yang memuaskan hati.


Antara kelebihan guna app open camera berbanding app sedia ada adalah gambar yang lebih sharp, contrast yang lebih dan yg paling penting ada focus peaking. Focus peaking ni penting semasa shoot guna manual focus.

HP : Poco X3 Pro

Lensbong : Sony H300 40mm

Editing : Snapseed




No comments:

Post a Comment