23 March 2022

Labah-labah dan lalat

 Salam,

Bila cuaca tak berapa elok je terpaksa lah duduk di rumah dan tak dapat training memanah. Jadi mulakan operasi mencari serangga. Kebiasaannya hanya 2 jenis serangga sahaja yang ada di sekekiling rumah iaitu labah-labah dan lalat.

Sejak beberapa hari ni memang ada la shoot gambar² labah-labah dan lalat tapi gambar agak blur. Tangan tak cukup stabil. Jadi antara solusi nya adalah lighting. Tambahan lighting akan menaikkan shutter speed jadi gambar akan kurang blur.

Cuma permasalahan yang tinggal adalah position lighting tu sendiri. Kena hold LED dengan tangan kiri..tangan kanan hold camera... kadang² tunggang terbalik HP sebab nak dapatkan angle cantik. Nasib baik tak jatuh.... masih dalam proses pembelajaran nak stabilkan tangan dan HP.

HP : Poco X3 Pro + Open camera + Ulanzi VL49

Lens : Sony H300 40mm

Editing : Snapseed






No comments:

Post a Comment