Salam,
Cuti raya cina kali ini, kami sekeluarga ke Pulau Pangkor. Sekolah cuti seminggu, dan kilang pun tutup seminggu, Jadi peluang kali ini digunakan untuk bercuti.
Perjalanan bermula pada 11 Februari 2016 pada pukul 8 pagi, kami bertolak dari Kulim dan terus menuju ke RnR Gunung Semanggol untuk berkumpul dengan Mak Cik dan Maksu. Selepas minum pagi, perjalanan diteruskan ke Lumut melalui Changkat Jering-Terong-Pantai Remis-Lumut. Lebih kurang pukul 11 lebih kami tiba di Lumut dan terus menaiki feri ke Pulau Pangkor pada pukul 12.
 |
| Dalam feri |
 |
| Menunggu untuk check in |
Setibanya di Pangkor, kami terus mengambil teksi dan bergerak menuju ke Teluk Nipah dan check in di Liyana Villa. Harga yang agak berpatutan dan tempat yang selesa serta berdekatan dengan pantai. Pada hari pertama, tidak banyak aktiviti selain dari mandi laut dan berjalan-jalan di tepi pantai sambil melihat jualan cendera hati dan pakaian di sepanjang tepi pantai Teluk Nipah.
Keesokan harinya pada 12 Februari 2016, kami mengambil Boat Trip. kami dibawa ke Pulau kecil berhadapan dengan Teluk Nipah untuk snokerling dan selepas itu, kami dibawa berjalan-jalan menaiki boat di kawasan berdekatan.
 |
| Bersiap menaiki bot |
 |
| Ceria gembira |
 |
| Seronok |
 |
| Peace.. |
 |
| Berkelah |
 |
| Pusing-pusing naik bot |
 |
| Batu penyu |
 |
| Batu Buaya |
 |
| Batu Ikan Paus |
 |
| Jom Banana Bot |
 |
| Marble |
Petang hari tersebut, kami cuma bersiar-siar dan minum petang di kedai sekitar Teluk Nipah. Pada waktu malam, kami makan di restoran ikan bakar. Harga yang berpatutan dengan aneka jenis lauk seperti Siakap, Sotong, dan Udang.
 |
| Helang Laut |
 |
| Minum Petang |
Pada hari terakhir, 13 Februari 2016, sebelum berkemas untuk pulang kami mandi laut terlebih dahulu dan selepas sarapan pagi, kami menempah teksi untuk bawa mengelilingi pulau. Lokasi pertama persinggahan ialah kilang memproses ikan, sotong dan udang kering. Banyak juga yang dibeli disitu. Kemudian kami menerukan perjalanan ke Replika Tembok Besar China. Selepas itu kami singgah pula di Galeri Pangkor. Banyak juga informasi yang boleh didapati di galeri ini terutama sejarah Pulau Pangkor. Destinasi terakhir sebelum pulang adalah Kota Belanda dan lebih kurang pada pukul 1 tengah hari kami menaiki feri pulang ke Lumut.
 |
| Suasana di China |
 |
| Tembok Besar |
 |
| Arnab Gergasi |
 |
| Sampan |
 |
| Ahli rombongan |
 |
| Posing dengan panah lama |
 |
| 3 Beradik |
 |
| Bersimpuh sopan |
 |
| Kota Belanda |
 |
| Corak menarik |
Perjalanan kali ini memang menyeronokan dan insyaallah pada masa akan datang, kami akan merancang perjalanan ke pulau-pulau di Pantai Timur pula.
No comments:
Post a Comment