Hari ini, bawa anak-anak ke Taman Tasik Kulim. Biarkan mereka main puas-puas di taman. Tujuan sebenarnya adalah nak mengambil gambar makhluk-makhluk yang seni.
Kali ini, saya hanya bawa omd-em5 dengan kit lens, 12-50mm (macro mode) + macro filter. Macro fotografi ini agak mencabar kerana melatih kesabaran fotografer untuk merakam makhluk yg halus dan seni. Dalam 1 jam sesi, hanya 3 keping yang rasanya boleh diguna pakai. Insyaallah, kena berlatih dan tambah aksesori untuk macro fotografi di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment