Rasanya dah lama tak berjalan-jalan bersama keluarga ke Penang. Jadi hari ini kami sekeluarga bergerak dari Kulim ke Penang pada pukul 11 pagi.
Destinasi pertama ialah ke kedai Nasi 7 Benua untuk makan tengah hari. Memang sangat berpuas hati dengan hidangannya. Makanan yang lazat dan harga yang berpatutan. Minuman pula diberi percuma jika pesan Teh O atau sirap. Minuman yang lain kena bayar.
Lepas kekenyangan, kami menuju ke destinasi kedua, Gurney Paragon. Kali pertama jejak kan kaki di Gurney Paragon. Keadaan agak sesak mungkin disebabkan sehari sebelum krismas. Di situ, anak-anak seronok bermain permainan ala-ala Go Kart, tapi kena kayuh macam basikal.
Destinasi terakhir sebelum pulang ialah, Batu Feringgi. Saja cuci mata tengok orang meniaga pelbagai barang di situ. Lebih kurang pukul 10 malam, barulah kami pulang. Penat tapi seronok...
No comments:
Post a Comment