Salam,
Hari ini dapat test lens kecil yang superb, M. Zuiko 45mm f.1.8 yang baru beli dari Click N Snap, Penang Road. Harga boleh tahan, RM950.00. Namun memang berbaloi dengan harga kerana ianya menghasilkan gambar yang cukup cantik bokehnya dan yang paling penting sharp walaupun pada wide aparture f1.8.
Lens yang bersamaan dengan 90mm (35mm format) dengan filter 37mm. Pada mulanya agak terkejut sebab lens tersebut terlalu kecil. Tapi bila dah sumbat dalam OMD-EM5, memang rasa tak mahu cabut lagi dari camera.
Gambar-gambar dibawah di ambil dengan camera OMD-EM5 dengan wide aparture f1.8.
No comments:
Post a Comment